Anak nelayan tolak USM akibat miskin

Anak nelayan tolak USM akibat miskin

WAN Nur’alyaa Syaza Awang (tengah) bersama ibu bapanya menunjukkan slip tawaran pengajian USM yang diterimanya tetapi masalah kewangan menjadi kekangan kepadanya di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, baru-baru ini. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kesempitan hidup memaksa seorang anak nelayan yang memperolehi keputusan cemerlang 3.92 dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2024 menolak tawaran menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) awal bulan depan.

Wan Nur’alyaa Syaza Awang, 20, berkata, tindakan itu terpaksa dibuat selepas kedua-dua ibu bapanya tidak mampu menyediakan wang pendaftaran berjumlah RM1,020.

“Pendapatan ayah (Awang Mat Nor, 62) sebagai nelayan pantai tidak menentu, jadi agak sukar untuk mengumpul wang. Lagipun tarikh pendaftaran sudah semakin hampir iaitu 4 Oktober depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menerima tawaran menyambung pengajian peringkat Sarjana Muda Sastera pada 6 September lalu. Perasaan saya memang cukup gembira ketika itu, namun bila memikirkan soal kewangan dan kudrat ayah, keterujaan untuk menyambung pengajian menjadi kendur,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Sementara itu, Awang men­dedahkan, pendapatannya sebagai nelayan sekitar RM30 hingga RM50 sehari hanya cu­kup untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Katanya, merumitkan lagi keadaan ada kalanya dia pulang dengan tangan kosong sekali gus menyukarkan dia untuk menabung.

“Saya mungkin akan dirun­dung rasa bersalah jika Wan Nur’alyaa gagal ke USM. Kami ada bercadang untuk mengadakan jamuan makan laksa untuk memungut derma.

“Berkemungkinan besar kami tidak dapat berbuat demikian kerana beberapa kekenangan,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan dengan menghubungi Wan Nur’alyaa (013 7871229). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini