Bateriku.com lancar Akademi Bateriku - Utusan Malaysia

Bateriku.com lancar Akademi Bateriku

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (depan kanan) dan Azarol Faizi (depan kiri) bersama pelajar Akademi Bateriku di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bateriku.com melancarkan Akademi Bateriku bagi memperkasakan tenaga kerja mahir dalam industri automotif dan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

Menurut kenyataan, ia selaras dengan aspirasi negeri Selangor untuk mempromosikan pembangunan ekonomi hijau dan lestari.

“Dengan model perniagaan yang berasaskan teknologi dan gig ekonomi, Bateriku.com telah menyempurnakan perkhidmatan Connected Roadside Assistance (Bateri, ‘Breakdown’ dan Bengkel) kepada lebih daripada 1.5 Juta pemilik kenderaan.

“Akademi Bateriku merupakan subsidiari Bateriku.com yang melatih ekosistem syarikat.

“Setakat hari ini, Akademi Bateriku telah melatih hampir 1,500 juruteknik mobil bergerak (BHero), melahirkan seramai 78 orang usahawan (BPreneur) dan lebih daripada 500 mekanik di seluruh Malaysia,” katanya.

Jelas syarikat itu, modul-modul yang disediakan adalah daripada tahap dua sehingga tahap empat yang berasaskan kenderaan-kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) (Petrol, Diesel), Hybrid dan kenderaan elektrik (EV).

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang turut merasmikan akademi itu berkata, penubuhan Akademi Bateriku adalah selaras dengan matlamat kerajaan negeri untuk membangunkan modal insan berkualiti tinggi dalam bidang-bidang kritikal seperti automotif dan tenaga hijau.

“Kerjasama antara sektor awam dan swasta amat penting dalam mengukuhkan ekonomi negeri serta mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor.

“Akademi Bateriku bukan sahaja berfungsi sebagai pusat latihan kemahiran, tetapi turut menyediakan platform untuk usahawan-usahawan muda melalui program BHero dan BPreneur yang bertujuan melahirkan generasi baru usahawan dalam industri automotif.

“Inisiatif ini menepati matlamat Bateriku.com bukan sahaja memacu perkembangan industri, tetapi juga membantu dalam mengurangkan jejak karbon dan menyokong kemampanan alam sekitar melalui program-program kitar semula bateri terpakai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×