Mana gambar Pendekar Awang? - Utusan Malaysia

Mana gambar Pendekar Awang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejak kebelakangan ini, apa sahaja yang dilakukan oleh pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin tetap menjadi sorotan selepas timbul dakwaan rumah tangga mereka sedang bergolak.

Terbaharu, perkongsian Fazura yang mempromosikan filem Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah turut menimbulkan tanda tanya warganet kerana tidak diselitkan satu pun gambar suaminya, Fattah yang merupakan watak utama dalam naskhah itu.

“Promote Pendekar Awang, Awangnya mana?,” soal salah seorang netizen.

“Mana Awang Faz?,” tanya seorang lagi pengguna media sosial itu.

“Dah lama tak tengok naik komen love biru Fattah Amin. Moga dipermudahkan segala urusan kalian,” komen lagi seorang pengikutnya.

Untuk info, Fazura turut membintangi filem Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah lakonan bersama suaminya, Fattah.

Filem yang menggegarkan pawagam pada Januari lalu bakal ditayangkan di Astro First saluran 480 bermula Khamis ini.

Sebelum ini, rata-rata peminatnya turut meluahkan rasa teruja dan rindu apabila pelakon lelaki itu memuat naik video promosi yang memaparkan babak lakonannya bersama Fazura menerusi filem itu di platform media sosial miliknya.

Fazura dan Fattah setakat ini masih lagi memilih untuk mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang respons berkenaan rumah tangga mereka biarpun sudah pelbagai spekulasi yang timbul.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×