‘Ada gelaran, jagalah  kelakuan’, hantaran terakhir Raja Petra

Hantaran terakhir Raja Petra: Ada gelaran, jagalah kelakuan

HANTARAN terakhir Raja Petra Kamarudin.- FACEBOOK MALAYSIA TODAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kalau awak ada gelaran, jagalah tatakelakuan.”

Demikian antara komen penulis blog, Raja Petra Kamarudin dalam hantaran terakhir beliau dua hari lalu sebelum meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah di Manchester, United Kingdom (UK) semalam.

Dalam hantaran terakhir di Facebook Malaysia Today itu, beliau mengingatkan agar penerima anugerah untuk menjaga maruah darjah kebesaran dengan tidak terlibat dengan sebarang salah laku.

“Kalau awak ada gelaran, jagalah tata kelakuan. Kita kena jaga maruah istana, anugerah. Jika tidak, anda dinamakan, dimalukan oleh mahkamah awam terbuka.

“(Peringatan ini) Bukan sahaja Melayu, tetapi kaum lain, Cina yang telah dihukum di luar negara,” katanya menerusi video selama 11 minit itu.

Raja Petra Kamarudin mengulas mengenai  penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan boleh ditarik balik sekiranya mereka terlibat dengan jenayah.

Terdahulu, anak Raja Petra Kamarudin, Raja Sara mengesahkan kepada Utusan Malaysia bahawa ayahnya meninggal dunia semalam.

Beliau mengendalikan laman web Malaysia Today, yang menerbitkan ulasan dan artikel mengenai politik Malaysia, yang sering menjadi kontroversi.

Raja Petra telah menetap di Manchester selama beberapa tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×