Beri kesedaran penjenamaan perniagaan

Beri kesedaran penjenamaan perniagaan

James Lai (kiri) dan Dr. Zyro Wong berganding bahu beri kesedaran mengenai penjenamaan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ketika ini ramai yang berlumba-lumba mahu memulakan perniagaan sendiri.

Selain mahu bekerja sendiri dan bebas, ramai yang terjun ke dalam bidang perniagaan kerana percaya ia bakal memberikan keuntungan yang lebih.
Namun, tidak kurang juga yang gulung tikar selepas baharu beberapa bulan berniaga.

Kemungkinan terbesarnya adalah kerana strategi perniagaan yang tidak kemas selain tidak menfokuskan kepada penjenamaan servis atau produk yang ditawarkan.

Perunding Perniagaan Profesional, Dr. Zyro Wong berkata, kesedaran penjenamaan masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berbanding negara luar, peniaga di Malaysia masih was-was dan kurang kefahaman mengenai betapa pentingnya penjenamaan dalam membentuk imej perniagaan dan seterusnya memastikan perniagaan yang dijalankan kekal bertahan.

“Kebanyakan orang kita fikir muat naik barangan atau servis yang dijual ke dalam media sosial sudah cukup tetapi sebenarnya tidak.

“Itu hanyalah satu peratus sahaja daripada penjenamaan. Penjenamaan ini adalah satu proses panjang yang perlu dilakukan bersama pakar.

“Kesan penjenamaan yang betul akan membuatkan pembeli atau pelanggan tahu dan ingat dengan kewujudan perniagaan kita,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Bina identiti

Bagi tujuan itu, beliau yang juga Presiden The Knights Award kini berganding bahu bersama sebuah agensi penjenamaan, Juss Sdn. Bhd. dalam memberikan kesedaran mengenai kepentingan penjenamaan kepada pemilik perniagaan.

Usaha ini dilihat mampu membantu peniaga menguruskan perniagaan dengan lebih cekap dan baik, sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara.

Pengarah Juss, James Lai berkata, pembinaan identiti dalam perniagaan mampu menjamin kelangsungan pada masa hadapan.

Tidak kira sama ada perniagaan kecil atau besar, penjenamaan mampu meletakkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan di posisi yang betul.

Sekaligus, perkhidmatan atau produk itu akan lebih mudah sampai kepada pelanggan sasaran.

“Kami di Juss akan membantu pelanggan untuk menjenamakan perniagaan mereka melalui penceritaan mengenai produk dan menonjolkan identiti produk tersebuti.

“Semua perkara diambil kira kerana setiap benda yang kami reka berteraskan kepada personaliti jenama itu sendiri,” katanya.

Tambahnya, peranan penjenamaan menjadi semakin penting apabila terdapat banyak persaingan di pasaran.

Bermaksud, semakin banyak barangan sama yang ditawarkan di pasaran, semakin tinggi keperluan perniagaan untuk dijenamakan.

“Daripada bermain harga seperti siapa yang tawarkan harga lebih rendah yang mana ia tidak sihat untuk pasaran, lebih baik beri penekanan kepada kekuatan jenama.

“Jika dilihat ketika ini, orang ramai sudah tidak sangat mementingkan harga, sebaliknya kualiti.

“Ada yang sanggup membelanjakan hampir RM20 untuk beli teh atau kopi berjenama sebab pengalaman yang lebih menarik dan jenama yang kukuh,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×