Uwan Baridah usia lebih 100 tahun, masih ingat lagu Jepun

Uwan Baridah usia lebih 100 tahun, masih ingat lagu Jepun

BARIDAH Mohd. Din yang berusia 105 tahun bersama anak bongsunya, Rosidah dan menantu, Salahudin Aziz di rumahnya di Kampung Siliau, Rantau, Seremban semalam. – UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Memori dijajah Je­pun masih terpahat dalam memori seorang warga emas yang berusia lebih satu abad sehingga mampu menyanyikan lagu patriotik tentera Jepun dengan lancar.

Reaksi spontan Baridah Mohd. Din, 105 tahun, yang mesra disapa ‘Uwan’ menyanyikan lagu berbahasa Jepun itu membuatkan orang terhibur meskipun dalam keadaan dirinya yang sudah banyak lupa dan pendengaran merosot.

Baridah yang dikurniakan 10 anak dengan 35 cucu, 66 cicit kini dijaga oleh anak bongsunya Rosidah Md, Din, 55, yang setia menemaninya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rosidah berkata, lirik lagu pat­riotik Jepun itu begitu melekat dalam memori ibunya berbanding pengalaman lain yang dilalui ketika itu.

“Kalau tanya macam mana hi­dup pada zaman penjajahan Jepun, banyak yang emak sudah tak ingat, melainkan lagu Jepun itu.

“Katanya, lagu itu dinyanyikan rakyat kita seperti lagu Negaraku di sekolah dan mungkin itu sebabnya emak hafal dan ingat sampai sekarang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Siliau, Rantau di sini.

Bercerita keadaan kesihatan ibunya, Rosidah berkata, ibunya tidak menghidap sebarang penyakit kronik dan masih boleh memberikan respon apabila ditanya.

“Emak tidak nyanyuk, tetapi sudah banyak lupa. Peningkatan usia juga menyebabkan emak tidak lagi kuat seperti dahulu dan perlu bergerak menggunakan kerusi roda atau dibantu anak-anak,” katanya.

Meskipun begitu, Rosidah bersyukur kerana masih berpeluang menjaga dan menatap wajah wa­nita yang melahirkannya dan kini usianya sudah lebih 100 tahun.

Rosidah turut menyifatkan ia sebagai satu rezeki kerana dapat terus berbakti kepada ibunya itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini