12 tentera Syria maut serangan berani mati - Utusan Malaysia

12 tentera Syria maut serangan berani mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Sebanyak 12 anggota tentera Syria terbunuh dalam serangan berani mati oleh kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) di barat laut Syria semalam, kematian tertinggi seumpamanya di kawasan tersebut tahun ini.

Pengarah kumpulan Pemantau Hak Asasi Kemanusiaan Syria (SOHR), Rami Abdel Rahman memberitahu AFP, serangan tersebut adalah sebahagian daripada aktiviti oleh HTS sejak Isnin lalu yang disasarkan terhadap pasukan tentera Syria.

“Seramai 12 tentera Syria maut dalam serangan bunuh diri yang dilakukan oleh pasukan khas dari HTS.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Serangan itu menyasarkan kedudukan pasukan tentera Syria di wilayah Latakia yang bersempadan dengan Idlib, kubu utama pemberontak di barat laut,” katanya seperti yang dilaporkan Arab News.

Kawasan Idlib tertakluk di bawah gencatan senjata yang dinaungi oleh Rusia dan Turkiye selepas serangan tentera Syria pada Mac 2020, manakala HTS mengawal sebahagian besar wilayah Idlib, Aleppo, Hama dan Latakia.

Lebih 5 juta penduduk kebanyakannya yang hilang tempat tinggal, kini berlindung di wilayah Idlib.

HTS yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda, dianggap sebagai organisasi pengganas oleh Syria, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah selepas aktif di barat laut Syria.

Perang saudara Syria tercetus selepas Presiden Bashar Assad menindas protes anti-kerajaan pada 2011 dan telah mengorbankan lebih 500,000 orang, memindahkan berjuta-juta penduduk, serta merosakkan infrastruktur dan ekonomi negara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini