EU mahu kenakan sekatan kepada Menteri Israel

EU mahu kenakan sekatan kepada Menteri Israel

KESATUAN Eropah (EU).- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell menggesa 27 negara anggota blok tersebut untuk mengenakan sekatan terhadap beberapa menteri Israel kerana menyebarkan mesej kebencian terhadap rakyat Palestin.

Borrell yang bercakap sebelum mesyuarat Menteri-Menteri Luar EU di Brussels semalam berkata, beberapa menteri Israel telah membuat kenyataan yang secara jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa yang juga hasutan untuk melakukan jenayah perang.

Walaupun tidak menyebut nama khusus pemimpin terlibat, beliau beberapa minggu kebelakangan ini secara terbuka mengkritik Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Itamar Ben-Gvir dan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menggesa negara-negara anggota EU mengenakan sekatan terhadap pemimpin terlibat kerana mereka telah menyebarkan mesej kebencian yang tidak boleh diterima terhadap rakyat Palestin,” kata Borrell kepada pemberita seperti laporan Al-Jazeera.

Diplomat berkata, mustahil untuk Borrell mendapat persetujuan sebulat suara daripada semua 27 anggota supaya sekatan berkenaan diluluskan.

Hungary, Austria dan Republik Czech Republic lantang menyokong pendirian Israel yang menyifatkan operasi ketenteraan rejim Zionis adalah langkah mempertahankan diri daripada serangan kumpulan pejuang Hamas.

Ireland, Sepanyol, Norway dan Belgium pula sepakat menyokong Palestin dan sudah pasti menyokong sekatan dikemukakan Borrell.

Pendirian lain-lain negara bagaimanapun tidak diketahui. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini