Giliran ABBA larang Donald Trump guna lagu, video

Giliran ABBA larang Donald Trump guna lagu, video

ABBA larang Donald Trump guna lagu, video.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Selepas beberapa selebriti terkenal melarang penggunaan lagu dan video mereka oleh calon Presiden Parti Repubikan, Donald Trump, kini kumpulan pop terkenal Sweden, ABBA turut menjadi ‘mangsa’ kempen pemimpin tersebut.

Terbaharu, syarikat rakaman mewakili kumpulan tersebut, Universal Music mengarahkan pasukan kempen Trump supaya tidak lagi menggunakan lagu serta video mereka untuk berpolitik.

“Kami bersama anggota kumpulan ABBA mendapati ada lagu dan video kami digunakan semasa kempen beliau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami sekeras-kerasnya melarang penggunaan harta intelek kami,” jelas syarikat rakaman itu dalam satu kenyataan semalam.

Akhbar harian Sweden, Svenska Dagbladet melaporkan, lagu-lagu popular dan video klip ABBA seperti The Winner Takes It All, Money, Money, Money dan Dancing Queen dimainkan pada kempen Trump dan calon gandingannya, JD Vance di Minnesota pada 27 Julai lalu.

Universal Music tidak pernah memberikan kebenaran kepada kempen Trump untuk menggunakan lagu dan video ABBA.

Anggota kumpulan tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut namun menyokong tindakan syarikat rakaman mereka.

Antara penyanyi lain yang turut menjadi mangsa kempen Trump ialah Celine Dion, Tom Petty, Adele dan kumpulan rock R.E.M. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini