Pemandu teksi e-hailing Indonesia rancang protes besar di Jakarta

Pemandu teksi e-hailing Indonesia rancang protes besar di Jakarta, tuntut kebajikan

PEMANDU e-hailing Indonesia merancang mengadakan demonstrasi besar-besaran di Jakarta.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ribuan pemandu teksi e-hailing mengadakan demonstrasi besar-besaran di Jakarta pada hari ini bagi mendesak kerajaan dan syarikat supaya meningkatkan kebajikan serta memberikan perlindungan undang-undang kepada mereka.

Ketua Garda Indonesia, Igun Wicaksono dalam kenyataannya berkata, protes ini akan disertai oleh 1,000 pemandu teksi online dari pelbagai syarikat online yang bermula pada pukul 12.00 tengah hari.

Menurutnya, demonstrasi ini merupakan maklum balas yang perlu dipertimbangkan oleh syarikat dan kerajaan dalam menetapkan undang-undang yang melibatkan pekerja teksi e-hailing

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia adalah sebahagian daripada maklum balas yang perlu diambil kira oleh kerajaan untuk mengenal pasti masalah supaya tidak berulang lagi dalam ekosistem pengangkutan e-hailing ini,” katanya.

Beliau juga berkata pihaknya menghormati dan menyokong sebarang tindakan protes damai, selagi tidak menimbulkan gangguan kerana protes diadakan sebagai tanda wujud solidariti terhadap nasib pemandu teksi e-hailing yang semakin tertekan oleh syarikat.

Tambahnya, kerajaan masih lagi tidak memenuhi keadilan bagi rakan niaga syarikat aplikasi kerana sehingga sekarang status undang-undang e-hailing tersebut masih lagi dianggap tidak sah tanpa sebarang undang-undang khusus.

Sementara itu, Ketua Pekerja Angkutan Indonesia (SPAI), Lily Pujiati, berkata protes ini adalah sebahagian untuk menuntut kesejahteraan daripada platform.

Lily turut bertegas bahawa pendapatan pemandu teksi kini semakin menurun akibat perang tarif antara syarikat.

“Syarikat e-hailing seringkali sewenang-wenangnya menetapkan tarif rendah kerana menganggap hubungan dengan pekerja ojol adalah hubungan rakan niaga sahaja, tetapi ianya melebihi itu,” ujarnya.

Selain itu, para pemandu turut mendesak syarikat agar menghapuskan pilihan menggantung atau menamatkan hubungan rakan niaga secara sewenang-wenangnya dan mengiktiraf hak pekerja untuk menubuhkan kesatuan sekerja bagi melindungi kebajikan pemandu teksi e-hailing.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×