PETALING JAYA: Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mudah untuk melangkah ke pusingan 16 terbaik Terbuka Korea Selatan 2024 selepas mengharungi perlawanan kurang dari 30 minit, sebentar tadi.
Kian Meng-Pei Jin dilabel sebagai pilihan keenam itu dilihat tiada masalah untuk menyingkirkan wakil dari Amerika Syarikat (AS) Presley Smith-Allison Lee dalam permainan straight set, 21-14, 21-11.
Beregu no. 12 dunia itu bakal membuat perhitungan dengan wakil Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang pada pusingan kedua esok.
Terdahulu, Pei Jing tersingkir pada acara beregu wanita bersama Lim Chiew Sien pada aksi pusingan pertama semalam.
Naib juara terbuka Australia itu terpaksa berpuas hati tewas kepada gandingan Taiwan Sung Yu Hsuan-Wang Yu Qiao 15-21,11- 21. – UTUSAN










