Sektor perkhidmatan dominasi ekonomi Melaka

Sektor perkhidmatan dominasi ekonomi Melaka

AB. RAUF Yusoh (kiri) bersama bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-75 Yang Dipertua Negeri di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sektor perkhidmatan kekal mendominasi ekonomi Melaka dengan menyumbang sebanyak 51.2 peratus, diikuti oleh sektor pembuatan dan pertanian yang masing-masing menyumbang 36.1 peratus serta 10.3 peratus.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, Statistik Laporan Ekonomi dan Sosial Negeri Melaka dikeluarkan Jabatan Perangkaan mencatatkan ekonomi negeri ini berkembang dengan kadar sederhana iaitu sebanyak tiga peratus pada 2023.

Menurutnya, momentum itu terus diperkukuhkan apabila kadar inflasi negeri pada paras terkawal iaitu 2.4 peratus selari dengan kadar nasional pada paras 2.5 peratus.

Beliau berkata, kadar pengangguran juga berada pada paras terkawal iaitu 2.2 peratus berbanding 2.3 peratus di peringkat nasional.

“Selaras dengan hasrat kerajaan Persekutuan dalam memposisikan Malaysia tergolong di bawah senarai 12 ekonomi terbaik dunia, kerajaan negeri melaksanakan prinsip ‘ease of doing business’ dengan mewujudkan inisiatif Melaka Industrial Booster (MIB) di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Umum mengetahui, kerajaan negeri telah berjaya menerima nilai pelaburan langsung dari luar negara (FDI) dan domestik sebanyak RM6 bilion bagi 2023 dan sehingga Mac 2024, Melaka telah menerima RM2.38 bilion,” katanya ketika berucap pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-75 Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×