Hasrat anak Jokowi tanding Pilkada terbantut

Hasrat anak Jokowi tanding Pilkada terbantut

KAESANG Pangarep (berbaju hitam) beramah mesra dengan penyokongnya di Suruhanjaya Pilihan Raya di Jakarta, pada 25 Oktober 2023.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Anak bongsu Presiden Joko Widodo, Kaesang Pangarep tidak akan bertanding sebagai calon wakil gabenor Jawa Tengah pada Pilihan Raya Daerah (Pilkada), yang dijadualkan November ini.

Gabungan Indonesia Maju (KIM) Plus memutuskan untuk mencalonkan Taj Yasin Maimoen sebagai pengganti Kaesang, untuk digandingkan dengan Ahmad Luthfi bagi calon gabenor Jawa Tengah.

Ketua Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Sufmi Dasco berkata, keputusan untuk mencalonkan Ahmad Luthfi dan Taj Yasin dibuat sebelum Mahkamah Perlembagaan membatalkan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Pilkada.

“Sebelum ada keputusan semakan kehakiman Mahkamah Perlembagaan, kami sudah berbincang dan memutuskan untuk mencalonkan Luthfi dan Taj Yasin di Jawa Tengah,” katanya di Kompleks Parlimen, Jakarta kelmarin.

Dasco mendakwa, kemunculan Kaesang, 29, dalam senarai calon yang dipertimbangkan untuk gabenor Jawa Tengah, hanyalah aspirasi daripada beberapa pihak.

Atas sebab itu, beliau mendakwa Kaesang berada di luar negara semasa tempoh menjelang pendaftaran calon ketua daerah.

Bagaimanapun, Dasco pada 19 Ogos lalu secara jelas mengumumkan Kaesang akan dicalon sebagai wakil gabenor untuk digandingkan dengan Ahmad Luthfi oleh KIM Plus.

Pindaan RUU Pilkada mencetuskan protes di Indonesia kerana dianggap bertentangan keputusan Mahkamah Perlembagaan dan didakwa disusun untuk memenuhi kepentingan golongan tertentu.

Segelintir pihak mendakwa RUU itu bertujuan membolehkan Kaesang bertanding dan mengecualikan pencalonan daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P).- KOMPAS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×