Polis siasat perbualan dalam video tular berkaitan dadah

Polis siasat perbualan dalam video tular berkaitan dadah

KHAW KOK CHIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung rakaman video tular di media sosial yang menunjukkan perbualan empat individu dipercayai berkaitan dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Dato Seri Khaw Kok Chin berkata, pihaknya sudah meneliti rakaman video terbabit dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

TANGKAP layar rakaman video menunjukkan perbualan dalam video tular berkaitan dadah.

“Pada masa yang sama, salah seorang individu yang dipercayai terbabit dalam video itu juga sudah membuat laporan polis pada hari ini, di Melaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak polis akan memanggil individu lain yang terbabit untuk membantu siasatan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata, JSJN sedang menjalankan risikan dan penelitian terhadap perbualan mereka yang didakwa berkaitan dadah dan objek ditunjukkan semasa siaran langsung berkenaan yang dikatakan bahan terlarang itu.

Terdahulu, satu rakaman video memaparkan perbualan empat individu dipercayai remaja yang dikatakan berkaitan pengambilan dadah tular di media sosial hari ini.

Dalam rakaman berdurasi 53 saat itu, dua daripada mereka turut menunjukkan satu plastik berwarna lutsinar didakwa bahan terlarang dan satu botol air didakwa peralatan menghisap dadah.

Rakaman video yang ditonton lebih 20,000 pengguna media sosial dan dikongsi lebih 10,000 akaun itu mendapat pelbagai reaksi termasuk ada yang meminta PDRM supaya menjalankan siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini