Syarikat roket berjanji kembali beroperasi

Syarikat roket berjanji kembali beroperasi walaupun berdepan letupan ketika ujian

ROCKET Factory Augsburg (RFA) berjanji untuk kembali beroperasi secepat mungkin selepas berlaku letupan semasa ujian di pangkalan baru di Shetland, Britain.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHETLAND: Sebuah syarikat roket Jerman, Rocket Factory Augsburg (RFA) berjanji untuk kembali beroperasi secepat mungkin meskipun sebelum ini berlaku letupan semasa ujian di pangkalan di Shetland, Britain.

Ujian yang melibatkan sembilan enjin roket itu dilakukan di SaxaVord Spaceport di Pulau Unst pada Isnin, merupakan salah satu percubaan sebelum pelancaran sebenar roket. 

RFA menyatakan bahawa anomali telah menyebabkan kehilangan tahap roket, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut kenyataan RFA, situasi berada di bawah kawalan di mana pad pelancaran roket telah diselamatkan serta dikawal, dan masalah bahaya dapat diatasi.

Tambahnya lagi, syarikat yang berpangkalan di Augsburg, Jerman kini sedang bekerjasama dengan pihak spaceport dan pihak berkuasa untuk menyiasat punca kegagalan.

“Kami membangunkan teknologi secara berperingkat dengan penekanan pada ujian sebenar. Ini adalah sebahagian usaha kami dan kami sedar mengenai risiko yang lebih tinggi dengan pendekatan ini. Matlamat kami adalah untuk kembali beroperasi secepat mungkin,” demikian menurut jurucakap syarikat tersebut.

Insiden ini berlaku kira-kira tiga bulan selepas ujian roket pertama di tapak yang diumumkan berjaya. 

Manakala pada ujian terdahulu, RFAmenghidupkan enjin selama lapan saat sebelum dimatikan. 

Pulau Unst, yang mempunyai sekitar 650 penduduk, terletak di hujung utara Kepulauan British dan merupakan lokasi yang strategi membolehkan roket dilancarkan tanpa melintasi kawasan padat penduduk, berbeza dengan tapak pelancaran lain yang perlu melakukan pergerakan yang kompleks.

Akhir tahun lalu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAA) memberikan kelulusan untuk pelancaran roket pertama dari pulau tersebut di mana ia akan membolehkan pelancaran sehingga 30 satelit dan beban lain yang sangat diperlukan oleh pengendali satelit untuk komunikasi dan pemerhatian Bumi.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×