Mayat dua wanita ditemukan dalam longkang - Utusan Malaysia

Mayat dua wanita ditemukan dalam longkang

GAMBAR tular mayat dua wanita yang ditemukan dalam longkang di belakang bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Dua mayat wanita ditemukan dalam sebuah longkang di belakang bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini petang tadi.

Kedua-dua mayat terbabit ditemukan bersebelahan antara satu sama lain dalam keadaan tertiarap dan terlentang, manakala terdapat kesan kecederaan pada salah seorang mereka.

Setakat ini, polis masih mengenal pasti identiti kedua-dua mayat terbabit yang difahamkan mempunyai pertalian keluarga.

Sementara itu, tinjauan di lokasi malam ini mendapati, sepasukan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Unit Anjing Pengesan (K-9) berada di lokasi untuk melakukan siasatan.

Mayat kedua-dua wanita terbabit kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad mengesahkan kejadian dan maklumat lanjut akan diberikan dalam tempoh terdekat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×