Protes jual senjata ke Israel, diplomat UK letak jawatan

Protes jual senjata ke Israel, diplomat UK letak jawatan

BENDERA Union Jack berkibar dari tiang di atas Pejabat Luar Negeri selepas Pembukaan Parlimen Negeri di London.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang diplomat kanan Britain di Dublin meletak jawatan semalam, sebagai protes terhadap tindakan United Kingdom (UK) menjual senjata kepada Israel dan menyifatkan kerajaan mungkin terlibat dalam jenayah perang di Gaza.

Mark Smith yang juga Ketua Jabatan Program dan Kemahiran Afrika di Pejabat Luar dan Pembangunan Komanwel (FCDO) mengemukakan surat peletakan jawatan bertajuk ‘Penglibatan FCDO dalam Jenayah Perang’.

“Dengan rasa sedih, saya meletakkan jawatan selepas kerjaya panjang dalam perkhidmatan diplomatik.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh melaksanakan tugas selepas mengetahui jabatan ini mungkin terlibat dalam jenayah perang,” menurut Smith dalam suratnya yang didedahkan portal berita Middle East Monitor.

Tambah Smith, beliau setiap hari menyaksikan contoh jelas jenayah perang yang bercanggah dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang dilakukan oleh Israel di Gaza.

Beliau turut menekankan bagaimana pemimpin kanan Israel dan tentera Israel secara terbuka menyatakan niat melakukan genosid, merakam video sengaja membakar, memusnahkan dan merompak harta benda awam penduduk Palestin serta menyeksa tahanan.

Smith pernah beberapa kali menyuarakan perkara berkenaan termasuk menerusi laporan rasmi, namun tidak berhasil.

Sebelum ini, banyak diplomat Britain membantah polisi UK terhadap Israel berhubung konflik di Gaza, namun tiada yang mengambil keputusan meletak jawatan seperti Smith. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×