Gagal bayar pelacur, lelaki dipukul dan diculik dari KL

Gagal bayar pelacur, lelaki dipukul dan diculik dari KL ke Melaka

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Dipukul kerana dikatakan gagal melunaskan bayaran selepas melanggan pelacur di Kuala Lumpur sebelum dibawa ke sebuah rumah di Kuala Sungai Baru di sini, kelmarin.

Itu nasib menimpa seorang lelaki yang berjaya melarikan diri dari rumah itu semalam, ketika dua individu yang memukul dan menculiknya sedang tidur.

Insiden itu turut dalam media sosial melalui satu klip video yang memaparkan penduduk kampung menyerbu rumah berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, mangsa telah meminta bantuan orang ramai sebaik sahaja berjaya menyelamatkan diri.

“Pada awalnya sudah janji hendak bayar dalam RM500 (bagi perkhidmatan seks) tetapi tiba-tiba setelah mereka melakukan hubungan seks, telah masuk suspek iaitu dua lelaki dan meminta bayaran sebanyak RM1,000 untuk dibayar kepada wanita terbabit.

“Mangsa bagaimanapun tidak mempunyai wang dan dipukul oleh suspek, setakat ini tidak dapat dipastikan keadaannya ketika itu pengsan atau mabuk tetapi kemudian mangsa dibawa ke Melaka oleh suspek,” katanya.

Tambah Ashari, pemeriksaan di rumah itu turur menjumpai dadah jenis methamphetamine dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kita masih menunggu laporan penuh kerana kes ini disiasat oleh kontinjen Kuala Lumpur dan mangsa juga telah membuat laporan polis di sana,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN