DHAKA: Lebih 600 maut dalam rusuhan besar-besaran di Bangladesh, menurut laporan awam dikeluarkan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dianggarkan 400 dilaporkan terbunuh bermula 16 Julai hingga 4 Ogos, manakala 250 lagi ketika gelombang protes besar-besaran antara 5 dan 6 Ogos.
Bagaimanapun ia tidak menyatakan jumlah orang yang terbunuh dalam serangan balas dendam selepas Perdana Menteri Sheikh Hasina meletak jawatan pada 5 Ogos dan melarikan diri ke negara jiran, India.
“Terdapat dakwaan serius dan boleh dipercayai bahawa pasukan keselamatan bertindak balas secara keseluruhan terhadap kedua-dua protes dan keganasan berikutnya dengan kekerasan yang tidak perlu dan tidak seimbang.
“Pasukan keselamatan nampaknya menggunakan kekerasan secara sewenang-wenangnya terhadap penunjuk perasaan yang aman dan mereka yang mempunyai unsur keganasan,” katanya.
Bagaimanapun, Ketua Polis Metropolitan Dhaka Mainul Hassan tidak menjawab panggilan kerana luar waktu bertugas, seperti memetik laporan Bloomberg.
Satu pasukan akan melawat Dhaka minggu depan untuk membincangkan kaedah penyiasatan terhadap pelanggaran hak asasi manusia, kata Ketua Hak Asasi Manusia PBB Volker Türk dalam laporan itu.
Kerajaan sementara Bangladesh kini diketuai oleh ahli ekonomi dan pemenang Hadiah Nobel Dr. Muhammad Yunus.-AGENSI










