Jenazah cikgu Istiqomah boleh dituntut waris esok

Jenazah cikgu Istiqomah boleh dituntut waris esok

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Jenazah mangsa pembunuhan kejam, Allahyarhamah Istiqomah Ahmad Rozi, 33, boleh dituntut oleh waris esok untuk dikebumikan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu berkata, jenazah mangsa akan diserahkan pada pukul 2 petang di Hospital Melaka di sini.

“Jenazah cikgu Istiqomah boleh diserah pukul 2 petang esok di Hospital Melaka,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, suspek yang ditangkap di Chemor, Perak juga dituduh esok di Mahkamah Majistret.

Arahan menuduh suspek lelaki berusia 37 tahun itu telah diperolehi daripada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Melaka.

Isnin lalu, Utusan Malaysia melaporkan, kehilangan seorang guru sejak Disember tahun lalu terjawab selepas mayat wanita yang dibunuh kejam dan disumbatkan ke dalam tong sampah sebelum dibuang ke dalam longkang di kawasan Kampung Rimau, Pulau Sebang disahkan sebagai Istiqomah.

Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan oleh Data Bank/DNA (D13) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ke atas ibu mangsa pada 2 Ogos lalu, mendapati ia sepadan dengan mangsa.

Hasil ujian mendapati, ia sepadan dengan mayat wanita yang ditemui dalam keadaan tidak sempurna di Pulau Sebang pada 31 Disember 2023.

Mangsa dikenali sebagai Istiqomah Ahmad Rozi yang dilaporkan hilang di Johor pada 27 Disember 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×