Gempa bumi melanda timur Russia

Gempa bumi melanda timur Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMACHATKA: Satu gempa bumi magnitud melanda pantai Semenanjung Kamchatka di timur Russia pada awal Ahad, pukul 7 pagi waktu tempatan, menurut perkhidmatan pemantauan gempa bumi serantau.

Pihak berkuasa memaklumkan, gegaran dirasai di sepanjang pantai termasuk di ibu negara wilayah itu Petropavlovsk-Kamchatsk

“Pasukan operasi penyelamat dan bomba sedang memeriksa bangunan,” kata cawangan serantau Kementerian Kecemasan Russia di wilayah Kamchatka di Telegram.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, gempa bumi melanda pada kedalaman hampir 50 kilometer (30 batu), kira-kira 90 kilometer ke timur Petropavlovsk-Kamchatsky, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS).

Pusat Amaran Tsunami Kebangsaan AS pada mulanya mengeluarkan ancaman tsunami tetapi kemudiannya berkata ancaman itu telah berlalu. Pihak berkuasa tempatan tidak pernah mengeluarkan amaran tsunami.

Beberapa gegaran susulan telah direkodkan selepas gempa awal, tetapi kadarnya yang lebih rendah, cawangan Kamchatka Perkhidmatan Geofizik Bersepadu Rusia melaporkan di laman webnya.

Semenanjung ini terletak dalam kawasan risiko gempa bumi dan berhampiran dengan gunung berapi yang masih aktif.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini