SAUDARA PENGARANG,
TIDAK dinafikan, kita hidup dalam dunia terbuka yang terdedah kepada isu, sentimen, juga polemik, apalagi dengan perkembangan teknologi, media sosial dan kecerdasan buatan (AI), agar ‘pengepam media’ dengan keadaan yang sebenarnya untuk sampai kepada semua masyarakat, merentasi sempadan geografi mahupun politik.
Namun, persoalan yang sering timbul, “bagaimanakah seseorang itu, dalam menghadapi ribut media ini, membezakan antara kebenaran dan pembohongan?
Bilakah kita berhenti membezakan antara realiti dan penipuan? Mewujudkan satu usaha pengesanan berdasarkan tiga kategori utama pembohongan boleh menjadi amaran untuk memahami sama ada seseorang itu telah meninggalkan dunia pembohongan untuk melindungi diri atau tenggelam dalam penafian kewujudan sendiri?
Siapa pun kita, seharusnya lebih peka dalam perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti masyarakat. Setiap tindakan, kata-kata perlu didahului dengan pertimbangan terwajar dan hikmah agar pembohongan mampu kita sekat di dunia ini.
Kebenaran mungkin menyakitkan dan keras, tetapi kesan apabila mengetahui bahawa seseorang itu membohongi diri sendiri adalah lebih kejam dan mengejutkan, terutamanya apabila mendapati bahawa dirinya adalah mangsa pembohongan. Ini boleh menjejaskan perjalanan dalam hidup hingga menyebabkan diri hilang kepercayaan kepada orang lain.
Walaupun menyatakan kebenaran sesuatu yang mencabar, ia tetap penting untuk kesihatan peribadi dan masyarakat. Dalam era maklumat ini, kemampuan untuk membezakan fakta dari fiksyen dan keberanian untuk bercakap benar adalah kemahiran yang sangat berharga.
Menjelaskan kebenaran mungkin tidak selalu mudah, tetapi ia adalah langkah penting dalam membina dunia yang lebih adil dan beretika. Sebagai individu dan masyarakat, kita perlu terus menghargai serta memperjuangkan kebenaran, walaupun ia sukar.
Sedarkah, kita hidup di zaman ketika kebenaran amat sukar diterima apalagi dijelaskan? Tetapi, teruskanlah memperjuangkannya.-UTUSAN
ATRIZA UMAR
Pengarah Dakwah dan Hal Ehwal Syariah
Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan











