Aktres veteran Gena Rowlands meninggal dunia

Aktres veteran Gena Rowlands meninggal dunia

GENA ROWLANDS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Aktres veteran Amerika Syarikat (AS), Gena Rowlands, yang membintangi filem box-office The Notebook dan Another Woman, meninggal dunia semalam pada usia 94 tahun.

BBC melaporkan, Rowlands, yang dicalonkan untuk Anugerah Oscar menerusi filem A Woman Under the Influence (1974) dan Gloria (1980), meninggal dunia di rumahnya di Indian Wells, California.

Sebab kematian tidak dinyatakan, tetapi laporan menyebut beliau telah lama menghidap penyakit Alzheimer.

Rowlands berhenti daripada bidang lakonan pada tahun 2015 selepas memenangi empat Anugerah Emmy, dua Anugerah Golden Globe dan meraih dua pencalonan Oscar.

Kedua-dua filem A Woman Under the Influence dan Gloria merupakan kerjasama dengan bekas suaminya, John Cassavetes.

Beliau memenangi Anugerah Emmy untuk filem The Betty Ford Story, Face of a Stranger, Hysterical Blindness dan The Incredible Mrs Ritchie.

Dilahirkan di Wisconsin, Rowlands berpindah ke New York untuk kemunculan pertamanya dalam teater Broadway, The Seven Year Itch.

Pada tahun 2015, beliau menerima Anugerah Kehormat Akademi bagi menghargai perjalanan seninya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×