Thailand sukar lantik Perdana Menteri baharu

Thailand sukar lantik Perdana Menteri baharu

CHAIKASEM Nitisiri (kiri) dan Paetongtarn Shinawatra (tengah) serta Srettha Thavisin ketika berkempen dalam pilihan raya Thailand pada 2023.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Calon Perdana Menteri Thailand berdepan cabaran untuk mendapat sokongan Parlimen bagi membolehkannya menjadi ketua kerajaan yang baharu dalam pengundian berlangsung pada hari ini.

Untuk menjadi Perdana Menteri Thailand, seseorang nama calon yang dikemukakan perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 376 daripada 700 ahli Parlimen termasuk 200 anggota senator lantikan tentera.

Namun buat masa ini, blok kerajaan hanya mempunyai 314 ahli Parlimen dan kekurangan 62 sokongan untuk membolehkannya dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu bagi menggantikan Srettha Thavisin yang dipecat Mahkamah Perlembagaan di atas kesalahan melanggar etika.

Jika tidak, calon itu bakal senasib bekas pemimpin Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat yang gagal menjadi Perdana Menteri Thailand selepas tidak mendapat sokongan meyakinkan lebih separuh daripada 700 ahli Parlimen walaupun partinya menang besar dalam pilihan raya negara itu pada 2023.

Justeru itu, terdapat dua keadaan iaitu calon memerlukan sokongan dalam kalangan 200 anggota senator lantikan tentera atau 179 ahli parlimen pembangkang sebagai laluan mudah untuk bergelar Perdana Menteri.

Sehingga kini, terdapat dua nama disebut-sebut sebagai Perdana Menteri Thailand iaitu Ketua Parti Pheu Thai, Paetongtarn Shinawatra dan bekas Menteri Kehakiman dan ahli politik kanan Parti Pheu Thai, Chaikasem Nitisiri.

Kelmarin, Speaker Dewan Rakyat, Wan Muhamad Noor Matha juga dilapor telah menetapkan satu sidang Dewan Khas pada hari ini untuk mengundi Perdana Menteri yang baharu susulan Mahkamah Perlembagaan memecat Srettha di atas kesalahan melanggar etika kerana melantik pesalah rasuah sebagai menteri.

Terdahulu, portal berita Thai PBS yang memetik beberapa sumber melaporkan, semua parti dalam kerajaan gabungan diterajui Pheu Thai bersetuju dengan pencalonan Chaikasem semasa mesyuarat tergempar yang diadakan hanya beberapa jam selepas Mahkamah Perlembagaan memecat Srettha sebagai Perdana Menteri kerana melanggar etika profesional.

Mesyuarat tersebut diadakan di kediaman bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra dan dihadiri oleh pemimpin utama semua parti dalam gabungan.

Pada Pilihan Raya 2023, Chaikasem dinamakan sebagai calon Perdana Menteri Pheu Thai bersama Srettha dan Paetongtarn yang merupakan anak perempuan Thaksin.

Buat masa ini, Chaikasem, 76, dilihat mempunyai kelebihan kerana Thaksin tidak yakin Paetongtarn untuk memegang jawatan tertinggi dalam keadaan politik semasa mestipun disebut antara tiga calon disebut pengganti Srettha.

Dua lagi calon adalah Timbalan Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul yang merupakan Ketua Bhumjaithai Party selaku parti kedua terbesar dalam kerajaan dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Prawit Wongsuwan dari Parti Palang Pracharath iaitu parti terbesar ketiga dalam blok kerajaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×