Turkiye kecam pencerobohan Masjid Al-Aqsa

Turkiye kecam pencerobohan Masjid Al-Aqsa

PENDUDUK Palestin berjalan di pekarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Pengarah Komunikasi Turkiye, Fahrettin Altun, semalam mengutuk serangan ribuan pendatang haram Israel di Masjid Al-Aqsa dengan menyifatkan tindakan itu sebagai keji.

Beliau berkata, serangan keji terhadap kawasan suci umat Islam itu tidak boleh diterima dan turut menyeru penduduk dunia bersuara lantang menentang Israel, yang bertindak berdasarkan darah dan provokasi.

“Kami dengan tegas mengutuk pencerobohan dan serangan ganas oleh ribuan penduduk rejim Zionis ke kawasan Masjid Al-Aqsa di hadapan polis Israel,” katanya di platform sosial X seperti dipetik agensi berita Anadolu.

Fahrettin turut menyeru semua pihak untuk mendengar ‘jeritan’ Al-Aqsa.

“Kita tidak boleh berdiam diri. Kita perlu bersatu untuk menghentikan kekejaman Israel,” ujarnya.

Tambah beliau, Israel juga harus dihadapkan ke muka pengadilan atas jenayah kemanusiaan membunuh penduduk awam Palestin termasuk warga emas dan kanak-kanak.

Awal pagi kelmarin, menteri Israel Itamar Ben-Gvir dan Yitzhak Wasserlauf bersama kira-kira 1,200 pendatang haram Yahudi menyerbu kawasan Masjid Al-Aqsa untuk memperingati hari puasa tahunan Yahudi, Tisha B’Av.

Tindakan provokasi itu turut mengundang kecaman pelbagai pihak antaranya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Perancis dan negara-negara Arab. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×