Gesa seluruh wilayah Indonesia bangunkan pengangkutan awam

Jalan sesak: Jokowi gesa seluruh wilayah bangunkan pengangkutan awam

JOKO WIDODO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo menggesa kepada pemimpin tempatan supaya membangunkan sistem pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara di kawasan masing-masing.

Pada pertemuan dengan pemimpin tempatan di ibu negara baru Indonesia, Nusantara, beliau yang juga dikenali sebagai Jokowi berkata, meskipun Jakarta dianggap memiliki pengangkutan awam paling laju, namun masih perlu dipertingkatkan lagi bagi menangani isu kualiti udaranya.

“Walaupun Jakarta kini mempunyai MRT (Mass Rapid Transit), LRT (Light Rapid Transit) dan kereta api berkelajuan tinggi yang bertujuan untuk mengurangkan pencemaran udara ini, namun indeks kualiti udara bandar ini kekal antara 190-200, jauh melebihi maksimum (indeks udara kualiti) pada kadar 50,” kata Presiden Indonesia itu pada Selasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, masalah yang sering terjadi di Jakarta iaitu kesesakan lalu lintas dan kualiti udara yang buruk, boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada penduduk yang terdedah seperti warga emas dan kanak-kanak.

Tambah Jokowi lagi, kesesakan lalu lintas telah menyebabkan potensi kerugian sehingga Rp100 trilion untuk Jakarta, memaksa pihak berkuasa untuk menangani isu ini termasuk dengan membangunkan pengangkutan awam.

Jokowi turut mencadangkan supaya pemimpin tempatan mula mempertimbangkan transit rel autonomi (ART) sebagai alternatif yang berpatutan kepada MRT atau LRT.

Transit kereta api autonomi itu telah diterima pakai bagi Nusantara, dan sistem tersebut bakal melayani tetamu semasa upaxara Hari Kemerdekaan di Ibu negara baharu pada 17 Ogos.

Beliau berkata semasa pentadbirannya sebagai Gabenor Jakarta pembinaan MRT Jakarta menelan belanja sekurang-kurangnya Rp1.1 trillion di mana kos bagi setiap kilometer untuk LRT ialah Rp799 bilion dan kereta api laju pula ialah sebanyak Rp780 bilion.

Sebaliknya, unit ART terdiri daripada tiga gerabak berharga Rp74 bilion dengan kos operasi bulanan hanya mencecah Rp500 juta.

Beliau turut mengingatkan pemimpin tempatan supaya sentiasa mengambil berat tentang kos operasi pengangkutan awam, di mana ia biasanya beroperasi dengan kerugian, dan pihak berkuasa tempatan perlu memberi subsidi operasi dari bajetnya.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini