Gadis pekak menang Ratu Cantik Afrika Selatan

Gadis pekak menang Ratu Cantik Afrika Selatan

MIA Le Rou muncul individu pekak pertama dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Afrika Selatan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRETORIA: Seorang gadis orang kurang upaya (OKU) memenangi pertandingan ratu cantik negara ini, sekali gus muncul individu pekak pertama dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Afrika Selatan. 

Mia Le Roux, 28, menewaskan sembilan peserta lain pada peringkat akhir pertandingan berkenaan yang diadakan di Arena SunBet di Pretoria, kelmarin. 

Dalam ucapan sejurus kemenangannya, Roux berkata, pencapaiannya itu diharap dapat memberi harapan kepada golongan OKU untuk mencapai impian mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berharap dapat memberi inspirasi kepada golongan kelainan upaya,” ujarnya se­perti laporan AFP. 

Roux yang juga seorang model dan pengurus pemasaran, menghidap masalah pendengaran pada usia setahun, memaksanya memakai alat bantuan pendengaran. 

Dia menjalani terapi pertuturan selama dua tahun sebelum boleh bercakap. 

Pertandingan ratu cantik itu bagaimanapun dibayangi kontroversi apabila seorang pesertanya, Chidimma Adetshina, 23, menarik diri selepas asal usulnya dipertikaikan. 

Adetshina, seorang pelajar jurusan undang-undang adalah anak kepada lelaki berketurunan Nigeria sementara ibunya berasal dari Mozambique. 

Ibu Adetshina dikatakan mencuri identiti seorang wanita tempatan bagi membolehkan anaknya bertanding.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini