India gubal undang-undang sekat kebebasan bersuara

India gubal undang-undang sekat kebebasan bersuara

INDIA gubal undang-undang sekat kebebasan bersuara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India menggubal undang-undang agar mana-mana individu menghasilkan kandungan atau menulis berkenaan isu semasa termasuk di portal media sosial dianggap sebagai sebahagian aktiviti perniagaan, profesional atau komersial.

Ini bermakna mana-mana rakyat mahu menjadi pencipta berita bebas di platform media sosial seperti YouTube dan Instagram perlu melaporkan aktiviti mereka supaya sejajar dengan peraturan kerajaan.

Perkara itu menyebabkan masyarakat di negara itu berpendapat rang undang-undang tersebut menyekat kebebasan media dan kebebasan bersuara atas talian di negara demokrasi terbesar di dunia itu

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut draf rang undang-undang Perkhidmatan Penyiaran 2024 menyatakan, pencipta berita, perlu melaporkan aktiviti supaya sejajar peraturan kerajaan.

Kegagalan berbuat demikian membolehkan mereka didenda sebanyak 20,000 rupee (RM1,053) sehingga 25 juta rupee (RM1.3 juta).

Ini menyebabkan kebimbangan kepada golongan pencipta berita bebas yang melihat ia sebagai usaha menyekat mereka.

Kajian Institut Reuters terhadap responden di negara ini mendedahkan, 54 peratus golongan muda mendapatkan berita dari YouTube manakala 48 peratus lagi memilih WhatsApp sebagai sumber berita.

Sebelum ini, akhbar tempatan, The Times of India melaporkan, dalam tempoh beberapa tahun ini, banyak wartawan professional meletak jawatan untuk aktif di media sosial selepas syarikat swasta penyiaran tempat mereka berkerja dikawal oleh pemilik korporat yang mempunyai rapat dengan kerajaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini