Azman masih diburu, usaha jejaki dipergiat - Utusan Malaysia

Azman masih diburu, usaha jejaki dipergiat

AZMAN MOHAMED NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Suspek utama kes kebakaran rumah dan pembunuhan tiga ahli keluargan termasuk ibu bapanya di Kampung Paya Redan, Pagoh, dekat sini kelmarin masih belum ditemukan.

Justeru, usaha memburu Azman Mohamed Nor, 48, pekerja di sebuah kilang  perabot di sini giat dijalankan oleh pihak polis.

“Suspek dipercayai melarikan diri selepas kejadian kebakaran itu dengan menunggang sebuah motosikal,” kata Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz ketika dihubungi hari ini.

Semalam, pihak polis mengklasifikasikan kes kebakaran yang meragut nyawa tiga sekeluarga itu sebagai kes bunuh, khianat dengan api serta mendatangkan kecederaan parah.

Ketiga-tiga mangsa, iaitu ibu dan bapa suspek, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan Ara Abdul Hamid, 76, serta anak saudaranya, Noradriana Nor Hasyim, 11, maut dalam kebakaran rumah dengan terdapat kesan unsur jenayah di lokasi kejadian serta hasil laporan bedah siasat.

Seorang lagi mangsa, yang juga merupakan anak saudara suspek, Norazima Mohd. Radhi, 14,  mengalami kecederaan pada kepala dan kini berada dalam keadaan stabil dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Raiz Mukhliz berkata, pihaknya turut menyebarkan gambar suspek dalam usaha menjejakinya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Siti Rohayu Salih menerusi talian 016-2199592 atau Hotline IPD Muar 06-9564800 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×