Trump tuduh Iran godam dokumen sulit

Trump tuduh Iran terlibat godam dokumen sulit

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pasukan kempen calon Presiden Parti Republikan, Donald Trump mendedahkan  pihaknya berdepan ancaman penggodam selepas beberapa dokumen sulitnya dibocorkan kepada pihak media.

Ia susulan laporan oleh laman web berita Amerika Syarikat (AS), Politico yang mendedahkan menerima e-mel mengandungi dokumen kempen termasuk kajian sulit tentang calon Naib Presidennya, Senator JD Vance.

Menurut Politico, pihaknya telah mengesahkan ketulenan dokumen berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap kempen yang enggan dinamakan memberitahu BBC, dokumen-dokumen itu diperoleh secara haram daripada sumber asing yang bermusuhan dengan AS, dipercayai mempunyai kaitan dengan Iran.

“Tindakan ini adalah campur tangan oleh pihak asing dalam Pilihan Raya Presiden,” katanya.

Pasukan kempen Trump tidak memberikan sebarang butiran lanjut atau bukti yang mengaitkan kebocoran dokumen dengan penggodam Iran atau kerajaan Iran.

Pendedahan itu dibuat sehari selepas Microsoft mengeluarkan laporan yang menunjukkan penggodam Iran menyasarkan kempen seorang calon Presiden AS yang tidak dinamakan pada Jun lalu.

Pusat Analisis Ancaman Microsoft (MTAC) mendedahkan, pasukan kempen Trump pernah menerima satu e-mel mencurigakan atau ‘phishing’ namun kelihatan tidak berbahaya sehingga membuatkan mangsa mengklik pautan berbahaya.

Jurucakap kempen Trump, Steven Cheung berkata, cubaan menggodam pada Jun lalu itu yang didedahkan MTAC bertepatan dengan masa pemilihan calon naib presiden oleh Trump. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini