Mahkamah bubar MFP, larang pemimpin berpolitik selama 10 tahun

Mahkamah bubar MFP, larang pemimpin berpolitik selama 10 tahun

PITA LIMJAROENRAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memerintahkan pembubaran parti pembangkang popular, Parti Move Forward (MFP) dan larangan berpolitik selama 10 tahun terhadap pemimpin-pemimpin termasuk pengasasnya, Pita Limjaroenrat.

Ia berikutan kempen MFP untuk meminda undang-undang penghinaan raja yang melindungi monarki daripada kritikan.

Mahkamah menerusi panel sembilan hakim diketuai Hakim Punya Udchachon membuat keputusan itu selepas mendapati kempen MFP tidak sah dan merosakkan sistem pentadbiran Thailand dengan raja sebagai ketua negara.

Agensi berita South China Morning Post melaporkan, mahkamah memutuskan MFP bersalah dalam cubaan untuk menggulingkan monarki melalui kempen mereka yang menyeru reformasi undang-undang lese-majeste.

Kesalahan tersebut boleh membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi setiap sabitan menghina monarki.

Keputusan itu juga menyekat perdebatan terbuka mengenai peranan institusi tertinggi diraja dalam kerajaan Thailand moden.

Mahkamah menyatakan, dasar parti untuk meminda Seksyen 112 dalam Kod Jenayah Thailand dianggap sebagai cubaan untuk merendahkan institusi monarki.

Populariti Pita, 43, melonjak menjelang pilihan raya tahun lalu apabila beliau menarik perhatian pengundi muda di bandar dengan ikrarnya untuk memperbaharui undang-undang ketat fitnah diraja Thailand.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×