Perak FC tidak cadang lantik CEO baharu - Utusan Malaysia

Perak FC tidak cadang lantik CEO baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC tidak bercadang untuk melantik pengganti Bobie Farid Shamsudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu pasukan itu.

Pengerusi Kelab, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi berkata, setakat ini tidak ada perancangan untuk melantik CEO baharu.

” Tiada pengganti untuk CEO. Mungkin tak perlu pun. Kita guna tenaga Exco yang sedia ada untuk mengurus pasukan,” katanya.

Menurut Abdul Azim, semua keputusan kini akan diputuskan oleh lima orang exco Perak FC.

Menurutnya, penstrukturan semula dalaman lebih kepada ahli-ahli lembaga pengarah dan pengurusan Perak FC supaya lebih fokus.

“Kami tidak ganggu kedudukan jurulatih kerana tidak mahu menjejas perjalanan pasukan,” ujarnya.

Jawatan CEO Perak FC kosong berikutan peletakan jawatan Bobie Farid Shamsudin selepas pasukan itu tumpas 1-2 kepada Kuching City FC dalam saingan Liga Super di Ipoh pada 30 Julai lalu.

Tindakan itu berikutan kecaman hebat penyokong pasukan Kejor Yob Kejor terhadapnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×