Pesawat MH156 dengan 250 jemaah umrah patah balik sebab masalah teknikal - CAAM

Pesawat MH156 dengan 250 jemaah umrah patah balik sebab masalah teknikal – CAAM

CAAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat Malaysia Airlines MH156 menuju ke Jeddah berpatah ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat tersebut yang membawa lebih 250 jemaah umrah, dipercayai berpatah balik disebabkan masalah teknikal.

“Pihak syarikat telah memberikan laporan awal kepada CAAM, maklumat terperinci mengenai insiden ini kena tunggu siasatan penuh.

“Ini hanya sebagai langkah berjaga-jaga disebabkan isu teknikal, mereka memutuskan untuk tidak meneruskan penerbangan,” katanya. 

Menurut Bernama, Norazman turut mengesahkan semua anak kapal dan penumpang dalam pesawat itu berada dalam keadaan selamat.

Semalam dilaporkan sebuah pesawat Malaysia Airlines yang membawa 259 jemaah daripada dua agensi untuk menunaikan umrah, terpaksa berpatah balik selepas hampir dua jam berlepas dari KLIA.

Berdasarkan maklumat dipaparkan laman web www.Flightaware.com, penerbangan MH156 itu berlepas dari KLIA pada pukul 3.13 petang dan selamat mendarat pada pukul 4.56 petang.

Dalam pada itu, Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH156 ke Jeddah berpatah balik ke Kuala Lumpur disebabkan masalah teknikal sebaik sahaja berlepas.

Kenyataan itu menjelaskan pesawat berkenaan selamat mendarat pada 4.56 petang dan semua penumpang ditempatkan di sebuah hotel dan penerbangan baharu mereka dijadualkan semula yang akan berlepas pada 9 pagi esok.

“Keselamatan dan kesejahteraan penumpang dan kru kami tetap menjadi keutamaan,” menurut kenyataan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×