Anwar perkukuh zon ekonomi khas sempadan Malaysia-Thailand

Anwar perkukuh zon ekonomi khas sempadan Malaysia-Thailand

ANWAR Ibrahim (kanan) melihat rakan sejawatnya menurunkan tandatangan pada buku lawatan di Kompleks Apam Putra, Pasir Mas, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia memperkukuh dan memberi tumpuan kepada zon ekonomi khas, pembangunan makanan halal dan industri getah di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Perdana Menteri berkata, zon ekonomi itu sudah ada di dalam Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Menurut beliau, zon ekonomi itu merupakan komponen utama dalam hubungan kerjasama antara Malaysia dan Thailand termasuk sebahagian dari  kawasan Sumatera, Indonesia.

“Zon ekonomi itu sudah ada di dalam IMT-GT, kita hanya perkukuhkan kerana selama ini ia malap.

“Kita akan memberi tumpuan khas mengenai perkara ini kerana melibatkan soal sempadan Malaysia dan Thailand yang ketika ini sangat kritikal,” katanya kepada pemberita selepas makan tengah hari bersama Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Kompleks Apam Putra, di sini hari ini.

Anwar berkata, zon ekonomi khas itu melibatkan hubungan keselamatan, kegiatan rakyat, kemudahan ekonomi dan pendidikan serta kerjasama kebudayaan kedua-dua negara.

Katanya, sehubungan itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Luar Thailand dalam memastikan kerangka zon ekonomi khas dapat dijayakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×