U Mobile, STT GDC manfaatkan 5G, tingkat kecekapan pusat data

U Mobile, STT GDC manfaatkan 5G, tingkat kecekapan pusat data

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: U Mobile  memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama ST Telemedia Global Data Centres (STT GDC) bagi  memanfaatkan penggunaan 5G dalam meningkatkan kecekapan pusat data di Malaysia.

Menurut kenyataan media bersama, satu daripada penyedia perkhidmatan kolokasi pusat data akan memanfaatkan sambungan berkelajuan tinggi dan kependaman rendah 5G syarikat telekom bagi pengkomputeran dan peranti syarikat internet kebendaan (IoT) melalui kerjasama itu.

“SST GDC juga akan memanfaatkan 5G sebagai sandaran penting sekiranya berlaku kegagalan rangkaian gentian, memudahkan pemulihan bencana untuk sistem pengurusan kemudahan

“U Mobile akan memanfaatkan kes penggunaan baharu dan inisiatif inovasi pelanggan bersama melalui MoU itu,” katanya.

Selain itu, katanya, servis 5G yang menyokong kecerdasan buatan (Al) dan aplikasi Pembelajaran Mesin (ML) itu akan memudahkan pemantauan masa nyata, diagnostik dan operasi autonomi untuk aplikasi tepi.

“Ia merupakan ciri yang bakal menarik perhatian pelanggan kedua-dua syarikat itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknologi U Mobile, Woon Ooi Yuen berkata,  syarikat telekomunikasi itu dapat menyaksikan bagaimana 5G membantu mengoptimumkan kos dan kecekapan untuk pelanggannya.

“Kami percaya kerjasama ini berpotensi melalui penerokaan kes penggunaan bersama dengan STT GDC Kerana pusat data penting untuk ekonomi digital Malaysia bagi penyimpanan, pemprosesan dan pengurusan sejumlah besar data,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Teknologi Kumpulan Pusat Data Global ST Telemedia Dan Pointon berkata, perkongsian itu menunjukkan komitmennya untuk menyediakan rumusan pusat data berprestasi tinggi bagi memastikan kebolehpercayaan dan kecemerlangan operasi.

“Kerjasama dengan U Mobile akan membolehkan kami menawarkan perkhidmatan yang dipertingkatkan untuk ketersambungan tepi melalui penerokaan kes penggunaan baharu dan inisiatif inovasi bersama, kami berhasrat untuk memacu masa depan teknologi pusat data,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×