Samun warga asing: Tiga anggota polis ditahan

Samun warga asing: Tiga anggota polis ditahan

Zayn Rayyan
Datuk Hussein Omar Khan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Tiga anggota polis ditahan selepas dipercayai terlibat dengan kes samun warga asing dalam kejadian di Jalan Sungai Pening, Kampung Pasir Semenyih di sini, semalam.

Penahanan dua anggota terlibat dalam kes samun berkenaan dilakukan di Batalion 19, Pasukan Gerakan Am, Cheras, Selangor, pada pukul 12.20 malam tadi.

Manakala lagi suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, tengah hari tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian samun melibatkan penjawat awam itu berlaku sekitar pukul 12.17 malam.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat). Jika disabit dengan kesalahan hendaklah dihukum mati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas tangkapan yang dibuat, Hussein memaklumkan, kedua-dua suspek berusia 32 hingga 35 tahun direman bermula hari ini hingga Rabu hadapan manakala seorang lagi suspek akan dibuat permohonan reman esok.

“Seorang anggota berusia 24 tahun telah serah diri pada hari ini sekitar pukul 1 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang,” jelasnya.

Tegas Hussein, pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai kanan polis atau pegawai rendah polis yang didapati terlibat dalam kesalahan jenayah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×