Perjanjian jual beli Affin Bank dijangka dimuktamad dalam sebulan

Perjanjian jual beli Affin Bank dijangka dimuktamad dalam tempoh sebulan

ABANG Johari Tun Openg (kanan) melawat tapak pameran pada program MBOT Experts Network In Technology, Innovation and Cooperative Event (ENTICE) 2024 di Le Meridien Putrajaya di sini, hari ini.-UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perjanjian jual beli (S&P) berhubung penambahan pegangan saham kerajaan negeri Sarawak daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) iaitu pemegang saham terbesar Affin Bank dijangka dimuktamadkan dalam tempoh sebulan. 

Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberi kelulusan bersyarat kepada kerajaan negeri. 

“BNM sudah bagi ‘conditional approval’ kepada kita, (S&P) dijangka dalam masa sebulan akan selesai.

“Ia merupakan proses teknikal, ini adalah peraturan yang perlu dipatuhi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian MBOT Experts Network in Technology, Innovation and Cooperative Event (ENTICE 24) di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, LTAT merupakan pemegang saham terbesar Affin Bank dengan pegangan 28.88 peratus, diikuti Bank of East Asia Ltd yang berpangkalan di Hong Kong sebanyak 23.93 peratus.

Dilaporkan bahawa Sarawak dan LTAT sepatutnya menandatangani SPA bagi memuktamadkan rancangan negeri itu untuk meningkatkan pegangannya dalam bank tersebut namun rancangan itu ditangguhkan.

Sebaliknya, kedua-dua pihak telah menandatangani memorandum persefahaman pada 19 Julai lalu untuk meneroka pelaburan strategik. 

Pada 19 Julai, media melaporkan kerajaan Sarawak dan LTAT akan meneruskan S&P setelah mendapat kelulusan pengawalseliaan yang diperlukan selepas ditunda.

Abang Johari berkata, pihaknya percaya bahawa Affin Bank akan mendapat manfaat daripada rangkaian di Sarawak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×