Bursa Malaysia paling kukuh di ASEAN

Bursa Malaysia paling kukuh di ASEAN

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 11 peratus pada tahun ini, menjadikannya paling kukuh di Asia Tenggara, kata Bloomberg.

Katanya, pedagang membida pasaran Malaysia kerana kebangkitan kecerdasan buatan (AI) memandangkan kedudukannya sebagai pusat data AI dan hab rantaian bekalan cip. 

Bloomberg berkata, pasaran saham Thailand yang dijangka kehilangan tempat keduanya yang telah lama wujud dalam pasaran modal kepada pesaing Singapura dan Malaysia.

Jurang antara Thailand dan Singapura adalah kira-kira AS$14 bilion (RM16.9 bilion) berbanding AS$125 bilion (RM579.8 bilion) setahun lalu.

Penurunan mendadak Thailand adalah hasil daripada gabungan ketidaktentuan politik dan undang-undang, perbelanjaan pelancongan yang lebih lemah daripada jangkaan dan dakwaan salah laku korporat.

Faktor-faktor tersebut telah mendorong penjualan 14 peratus dalam indeks penanda aras bursa saham Thailand sejak 12 bulan lalu, kejatuhan terbesar antara penanda aras utama di seluruh dunia.

“Pasaran berkemungkinan kekal sebagai perangkap nilai sehingga prospek pertumbuhan pendapatan ekonomi dan korporat bertambah baik,” kata Alan Richardson, pengurus dana di Samsung Asset Management Co.

Jumlah nilai syarikat yang didagangkan di bursa Thailand ialah kira-kira AS$440 bilion (RM2.04 trilion) hingga Khamis lalu, mendahului kecil berbanding AS$426 bilion (RM1.97 trilion) untuk Singapura dan AS$422 bilion (RM1.96 trilion) untuk Malaysia.

Pasaran saham Indonesia, bernilai kira-kira AS$749 bilion (RM3.47trilion), telah menjadi yang terbesar di rantau ini dalam kebanyakan masa sejak lewat 2021.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×