Covid-19: White House tolak cadangan perkenal pasport vaksin - Utusan Malaysia

Covid-19: White House tolak cadangan perkenal pasport vaksin

PENDUDUK menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat vaksinasi di San Antonio, Texas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: White House menolak cadangan untuk memperkenalkan pasport vaksin Persekutuan secara mandatori sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Ia bagi melindungi privasi dan hak rakyat Amerika Syarikat (AS).

Cadangan memperkenalkan pasport vaksin dipertimbangkan di seluruh dunia bagi memudahkan pergerakan individu secara selamat ketika memerangi pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, para pengkritik menganggap pengeluaran pasport vaksin menjadi satu bentuk diskriminasi.

Kerajaan AS menegaskan bahawa negaranya tidak akan sesekali menyokong sistem yang mewajibkan rakyatnya memiliki sijil pengesahan itu.

Berdasarkan laporan Johns Hopkins University, AS mencatatkan hampir 31 juta kes Covid-19 dan lebih 500,000 kes kematian akibat wabak tersebut.

Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki berkata, AS tidak akan mewujudkan pangkalan data vaksinasi Persekutuan atau memperkenalkan mandat Persekutuan yang mewajibkan setiap rakyatnya memperoleh sijil pengesahan vaksinasi.

“Bagi kerajaan, privasi dan hak rakyat AS harus dilindungi agar sistem itu tidak digunakan terhadap mereka secara tidak adil,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×