Tiga kilang perabot terbakar

Tiga kilang perabot terbakar

ANGGOTA bomba berusaha memadam api dalam kebakaran membabitkan beberapa buah kilang perabot di Kampung Baru Sungai Buloh hari ini. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga kilang perabot di Kampung Baru, Sungai Buloh dekat sini hampir musnah terbakar, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.20 tengah hari.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sebanyak sembilan jentera dengan kekuatan keseluruhan 67 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, operasi pemadaman melibatkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dengan bantuan BBP Damansara; Shah Alam; Petaling Jaya; Klang Utara; Bukit Jelutong; Selayang; TTDI serta Seri Hartamas.

“Pasukan berjaya memadamkan kebakaran di tingkat tiga kilang perabot itu.

“Sebuah kilang dianggarkan musnah 100 peratus manakala dua lagi terbakar kira-kira 60 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN