Netanyahu dakwa tebusan Palestin hampir dibebaskan

Netanyahu dakwa tebusan Palestin hampir dibebaskan

PENDUDUK Palestin dipaksa berpindah akibat serangan baharu Israel di bahagian Khan Younis, di selatan Gaza.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa perjanjian berhubung pembebasan tebusan Palestin dalam tahanan rejim Zionis semakin hampir dicapai, dalam satu lagi kenyataan retorik oleh beliau.

Menurut laporan Reuters, ahli keluarga boleh bersedia menyambut kepulangan anggota keluarga mereka yang telah lama ditahan oleh Israel.

“Bagaimanapun pembebasan itu akan dilakukan secara berperingkat. Israel akan berusaha untuk membebaskan tebusan dari semasa ke semasa,” katanya semalam.

Netanyahu kini berada di Washington dalam rangka kerja lawatan dan dijangka bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden minggu ini.

Kenyataan retorik pemimpin Zionis itu bagaimanapun disangkal pegawai kanan Hamas, Sami Abu Zuhri yang berkata, tiada perkara baharu dalam pendirian Netanyahu berhubung pembebasan tahanan Palestin.

“Netanyahu masih mencuba berlengah-lengah dan beliau menghantar delegasi Israel ke meja rundingan hanya setakat untuk meredakan kemarahan keluarga tebusan Israel,” tegasnya.

Pertubuhan Hak Kemanusiaan dan Sokongan Tebusan Addameer, dalam satu kenyataan April lalu mendedahkan sebanyak 9,500 penduduk Gaza kini berada dalam tahanan Israel.

Jelas kumpulan yang beribu pejabat di Ramallah, Tebing Barat itu, pihaknya sentiasa mendapatkan data terkini bilangan tebusan daripada ahli keluarga mangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×