KUALA LUMPUR: Pelakon, Nadia Brian menegaskan tidak melakukan sebarang suntikan untuk menebalkan bibirnya.
Nadia yang berusia 23 tahun menjelaskan sebaliknya hanya menggunakan produk pelembap dan pewarna untuk menampakkan saiz bibirnya lebih tebal.
“Saya tak suntik bibir. Kelihatan bibir saya tebal kerana saya guna produk yang dijual di platform dalam talian.
“Ramai yang nampak perbezaan. Tak ada pula yang kecam.
“Kebanyakan orang sekarang maklum, kita boleh dapatkan bibir yang kelihatan tebal tanpa suntikan atau pembedahan. Guna solekan sahaja pun boleh,” katanya yang ditemui sempena pelancaran Kireina Wellness Center di Shah Alam, baru-baru ini.
Kata Nadia lagi, individu yang ingin kelihatan cantik tidak boleh berharap kepada penjagaan pemakanan dan aktiviti kecergasan semata-mata.
Sebaliknya, perlu ada kesediaan untuk melaburkan sejumlah wang untuk membuat rawatan di pusat-pusat kecantikan.
“Kalau saya mahu cantik, saya kena belanjakan sedikit wang untuk buat rawatan.
“Saya memang perlukan rawatan wajah kerana jadual kerja tidak menentu membuatkan rehat saya tak cukup,” katanya.
Nadia bagaimanapun menyarankan kaedah rawatan kecantikan yang lebih selamat yang tidak membabitkan prosedur yang eksrim dan menyakitkan.
“Saya terima banyak tawaran untuk buat rawatan secara suntikan, tapi saya tolak sebab tak berani untuk melakukan kaedah sebegitu. Buat atau tidak, pilihan masing-masing, saya tak condemn mereka yang pilih kaedah sebegitu.
“Apabila Kireina Wellness tawarkan saya buat rawatan, saya terima kerana tertarik dengan rawatan yang ditawarkan selain kaedah yang digunakan tanpa suntikan dan sebagainya,” jelasnya.











