Pakistan tangkap sekutu rapat Osama Laden

Pakistan tangkap sekutu rapat Osama Laden

PAKISTAN menuduh Afghanistan gagal membanteras kumpulan yang berlindung di negaranya sehingga keganasan meningkat di sempadan.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHORE: Pihak berkuasa Pakistan menahan seorang lelaki dipercayai ‘sekutu rapat’ pengasas kumpulan Al-Qaeda, Osama Bin Laden.

Pegawai anti-keganasan di wilayah paling ramai penduduk, Punjab, menahan Amin Ul-Haq di bandar Gujrat kerana menuduhnya terlibat merancang ‘aktiviti sabotaj’ dan cuba menyasarkan pemasangan penting di negara itu.

“Penangkapan Amin Ul-Haq adalah kemenangan besar dalam usaha berterusan untuk memerangi keganasan di Pakistan dan seluruh dunia,” kata Jabatan Anti-Keganasan Punjab dalam satu kenyataan, kelmarin.

Ketua Jabatan Anti-Keganasan Punjab, Usman Akram berkata, Ul-Haq disenaraikan oleh Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sekutu Al-Qaeda dan Bin Laden.

“Dia muncul semula selepas pengunduran tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dari Afghanistan.

“Ul-Haq melawat Afghanistan pada Ogos dan dia memulakan usahanya untuk menyusun semula kumpulan Al-Qaeda,” katanya.

Tentera AS yang disokong NATO menggulingkan rejim pertama Taliban pada 2001 kerana enggan menyerahkan kumpulan Al-Qaeda di sebalik serangan 9/11.

Bin Laden kemudian dikesan tinggal di Pakistan dan ditembak mati dalam operasi malam AS pada 2011.

Taliban mengambil alih semula kuasa di Afghanistan pada 2021, menggulingkan kerajaan yang disokong Barat selepas dua dekad memerangi tentera AS dan NATO.

Keganasan meningkat di sepanjang sempadan Pakistan, dengan Islamabad menuduh pemerintah Kabul gagal membanteras kumpulan yang berlindung di Afghanistan sambil merancang serangan terhadap Pakistan.

Kerajaan Taliban menegaskan ia tidak membenarkan kumpulan militan asing beroperasi dari Afghanistan, tetapi hubungan Islamabad dan Kabul merosot akibat isu itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif mengumumkan kempen ketenteraan baharu yang menyeluruh untuk mengawal keganasan.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×