Kumpulan pejuang Palestin gabung kekuatan menentang Israel

Kumpulan pejuang Palestin gabung kekuatan menentang Israel

PEJUANG Palestin Briged Al-Qassam memantau ke arah kedudukan tentera Israel dan antena pengawasan, berhampiran sempadan di tengah Gaza.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Beberapa kumpulan pejuang Palestin bergabung dalam operasi bersama sebagai taktik baharu yang membolehkan mereka menggabungkan keupayaan ketenteraan di pelbagai bahagian di Gaza bagi meneruskan pertempuran.

Dalam operasi bersama pada Sabtu, sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam bekerjasama dengan Briged Syahid Abu Ali Mustafa yang berhaluan sosialis.

Al-Qassam juga bekerjasama dengan Briged Al-Quds, cabang tentera Jihad Islam dalam dua operasi berasingan di kawasan Rafah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Operasi bersama juga dilihat menjadi modus operandi antara kumpulan pejuang Arab lain di seluruh rantau ini, termasuk Ansarallah Yemen dan Penentangan Islam di Iraq.

Dalam kenyataan terbaharu di saluran Telegram, Briged Al-Qassam memaklumkan pihaknya dan Briged Abu Ali Mustafa membedil tapak perintah dan kawalan di paksi Netzarim di barat Gaza dengan puluru mortar 80 mm.

“Briged Al-Qassam menyasarkan pasukan musuh yang ditempatkan di paksi Netzarim dengan beberapa roket Rajoom 114 mm.

“Dalam operasi bersama, pejuang Saraya Al-Quds dan Briged Al-Qassam berjaya menyasarkan kenderaan tentera Zionis sebuah kenderaan tentera Zionis dengan peluru Al-Yassin 105 di Jalan Al-Sikka di Kem Al-Shaboura di bandar Rafah,” katanya.

Selain kerjasama di dalam bahagian Gaza, gabungan ketenteraan kumpulan pejuang Palestin turut diperluaskan di sempadan wilayah dengan penglibatan kumpulan Hezbollah di Lubnan.

Hezbollah dalam kenyataannya mengesahkan beberapa operasi yang dilancarkan terhadap lokasi dan penempatan tentera Israel di sempadan Lubnan-Palestin, semalam.

Ini termasuk, serangannya yang menyasarkan penempatan Abirim buat kali pertama dengan roket Katyusha dan di tapak Ruwaisat al-Alam di bukit Kfar Shuba Lubnan, melalui peluru berpandu buatan sendiri, Wabel.

Katanya, serangan terhadap kawasan musuh itu membawa kepada kemusnahan sebahagian daripadanya dan menyebabkan kebakaran.

Hezbollah berkata, tindakan itu adalah sebagai tindak balas serangan musuh terhadap orang awam di bandar Safad al-Battikh, Majdal Salem dan Shaqra.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×