Israel dakwa bom bangunan milik tentera Hezbollah

Israel dakwa bom bangunan milik tentera Hezbollah

KEPULAN asap dilihat di selatan Lubnan selepas Israel melancarkan serangan di bandar Kfar Kila, berhampiran sempadan, pada 21 Disember 2023.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel mendakwa pesawat perangnya melancarkan pengeboman di bangunan tentera milik kumpulan Hezbollah di selatan Lubnan, hari ini.

Dalam satu kenyataan, pasukan tentera itu juga mendakwa berjaya memintas sasaran udara yang mencurigakan menuju ke arah Israel.

Katanya, Pejuang Tentera Udara mengebom bangunan tentera milik Hezbollah di wilayah Hula, selatan Lubnan, pagi ini.

“Pertahanan udara Israel berjaya memintas sasaran udara yang mencurigakan di langit Lubnan, yang menuju ke arah Israel,” katanya.

Terdahulu, siren peluru berpandu dibunyikan di kawasan Manara di utara Galilee, lapor akhbar harian Yedioth Ahronoth.

Sementara itu, Hezbollah memaklumkan pejuangnya menyasarkan perhimpunan askar Israel berhampiran tapak tentera Manara dengan peluru meriam.

Kebimbangan semakin meningkat terhadap perang antara Israel dan Hezbollah, ketika kedua-duanya sering bertukar serangan rentas sempadan.

Ia rentetan daripada perang berpanjangan Israel di Gaza, yang sehingga kini membunuh lebih 38,800 rakyat Palestin di wilayah itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×