Maktab PDRM dinaik taraf, tingkat keupayaan institusi latihan PDRM - Utusan Malaysia

Maktab PDRM dinaik taraf, tingkat keupayaan institusi latihan PDRM

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha menaik taraf Maktab PDRM Kuala Lumpur untuk dijadikan hub penyelidikan meliputi semua aspek dalam bidang kepolisan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, hub penyelidikan itu pastinya akan memberi tumpuan khusus berkaitan keselamatan siber serta pencegahan penyalahgunaan dadah.

Katanya, perkara tersebut perlu diberi tumpuan seiring dengan perkembangan teknologi dan kewujudan jenayah bentuk baharu dengan modus operandi yang semakin ke hadapan.

“Saya yakin, kolaborasi dengan para ilmuan dari dalam dan luar negara mampu menyumbang kepada dapatan akademik yang memberi manfaat kepada pasukan PDRM dan masyarakat

“Institusi latihan PDRM merupakan institusi yang bertanggungjawab dalam melahirkan generasi pegawai polis yang berketerampilan unggul,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Ketua Polis Negara Bulan Julai anjuran Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Razarudin berkata, atas kepentingan peranan institusi, kajian pengukuhan perjawatan bagi pensyarah dan tenaga pengajar dilaksanakan dengan menitikberatkan kelayakan akademik kumpulan pengajar terbabit.

Sebagai perintis, katanya, pengukuhan perjawatan tenaga pengajar sedang dilaksanakan di empat institusi latihan PDRM iaitu Maktab PDRM Kuala Lumpur, Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, Pusat

Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dan Pulapol Bukit Sentosa.

“Semua calon tenaga pengajar yang berkhidmat di institusi ini mestilah mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini