Apartment jadi makmal kokain, polis rampas dadah RM9 juta

Apartment jadi makmal kokain, polis rampas dadah RM9 juta

KHAW Kok Chin (tiga dari kiri) menunjukkan hasil rampasan dadah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis berjaya membongkar sebuah makmal memproses kokain dengan pe­nahan tiga individu termasuk pasangan suami isteri dalam serbuan di sebuah unit apartmen di Batu 5, di sini kelmarin.

Hasil penahanan itu, seba­nyak 44.93 kilogram kokain di­anggarkan bernilai RM9 juta ber­jaya dirampas.

Pengarah Jabatan Siasatan Je­nayah Narkotik (JSJN) Datuk Khaw Kok Chin berkata, serbuan itu adalah hasil kerjasama antara pihaknya dengan Drug Enforcement Administration (DEA).

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata beliau, menerusi serbuan pertama di apartmen ber­kenaan, pasangan suami isteri masing berusia 41 tahun ditahan.

Kata beliau, lelaki berkenaan berperanan sebagai penghantar dan isterinya iaitu penjaga bekalan serta ‘tukang masak’ kokain.

“Selain 44.93 kilogram koka­in, kami turut merampas 52.5 liter cecair kimia atau ibu kokain yang diletakkan di dalam botol wain.

“Kesemua dadah berkenaan dipercayai bagi edaran luar negara,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd. Isa; Timbalan Pengarah JSJN, Datuk Zainudin Ahmad dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azri Akmar Ayob.

Mengulas lanjut, kata beliau, rumah berkenaan disewa pada harga RM2,350 sebulan untuk dijadikan stor dan makmal memproses kokain sejak Februa­ri lalu.

Retetan tangkapan itu, Kok Chin berkata, satu lagi serbuan dijalankan di sebuah pangsapuri di Cheras, Selangor, yang membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 38 tahun.

“Dalam serbuan terhadap le­laki berperanan sebagai penghantar itu, kami merampas satu kilogram serbuk kimia dipercayai digunakan untuk memproses kokain di rumah berke­naan.

“Jumlah dadah yang dirampas dalam operasi ini dianggarkan boleh menampung penggunaan seramai 225,000 penagih dadah,” jelasnya.

Tambah beliau, pelbagai aset sindiket membabitkan wang tu­nai, barang kemas, kendera­an serta jam tangan berjenama yang dianggarkan bernilai RM201,086 telah disita di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelu­­cu­­­­t­ha­­kan Harta) 1988. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×