Polis cari Nurul Fatihah, hilang sejak Isnin

Polis cari Nurul Fatihah, hilang sejak Isnin

KETUA Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail (kiri) ketika sidang akhbar di IPD PJ hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Satu laporan diterima polis berhubung kehilangan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, Nurul Fatihah Abdullah sejak Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.40 malam pada Rabu lalu.

Beliau berkata, kali terakhir gadis tersebut berada di rumah pada Isnin pukul 5.30 petang di alamat Jalan PJU 7/8, Desa Temuan Damansara Perdana, di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Remaja perempuan ini mempunyai ketinggian 170 sentimeter, berkulit hitam manis, anak mata berwarna coklat serta bibir nipis.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN