Netanyahu hanya sokong tukar tebusan, bukan henti perang

Netanyahu hanya sokong tukar tebusan, bukan henti perang

BENJAMIN NETANYAHU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Walaupun sudah menyatakan komitmennya terhadap cadangan perjanjian pertukaran tebusan di Gaza dengan tahanan Palestin, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu masih menekankan pendirian untuk tidak menamatkan perangnya di Gaza.

Beliau menegaskan, sebarang perjanjian hasil daripada rundingan semasa mesti membenarkan Tel Aviv untuk kembali bertempur di wilayah itu.

Pada Mei lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menekankan rancangan untuk mencapai perjanjian pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas dan mewujudkan gencatan senjata di Gaza.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelan itu menggariskan prinsip asas untuk pertukaran tahanan dan pemulihan sepenuhnya keamanan di Gaza, membentuk asas rundingan berterusan antara Hamas dan Israel.

Bercakap semasa majlis tamat latihan pegawai tentera, Netanyahu menegaskan kepentingan pembebasan ‘sebahagian besar tebusan hidup’.

“Sebagai tanggungjawab negara, sebarang perjanjian yang dicadangkan mesti membenarkan kami kembali bertempur di Gaza,” kata Netanyahu.

Pemimpin ‘ekstremis’ itu berkata, Tel Aviv akan meneruskan kempen ketenteraannya di rantau berkenaan, sehingga semua objektifnya tercapai walaupun ia mengambil masa.

Walaupun berbulan-bulan usaha rundingan, disekat oleh keengganan Israel di bawah perlindungan AS, perjanjian komprehensif sehingga kini masih belum dicapai.

Laporan daripada sumber rasmi Israel mendakwa rundingan tidak langsung antara Tel Aviv dan Hamas disambung semula, menumpukan pada pertukaran tahanan yang melibatkan tebusan Israel dan pemberhentian permusuhan di Gaza.

Setakat ini, usaha AS, Qatar dan Mesir untuk menjadi pengantara perjanjian antara Israel dan Hamas dihalang oleh penolakan Netanyahu terhadap gesaan kumpulan pejuang Palestin untuk menghentikan permusuhan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×