Pemimpin Bersatu patut ambil tanggungjawab

Pemimpin Bersatu patut ambil tanggungjawab – Fahmi Fadzil

MUHYIDDIN Yassin (tengah) bersama ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) membantah keputusan Speaker Dewan Rakyat mengekalkan kerusi enam ahli Parlimen Bersatu yang memberi sokongan kepada Perdana Menteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemimpin Bersatu sepatutnya mengambil tanggungjawab apabila enam ahli Parlimen parti itu yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih kekal sebagai wakil rakyat.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ini disebabkan mereka yang menentang pindaan menyeluruh Rang Undang-Undang (RUU) Akta Lompat Parti 2022 sebelum ini.

Beliau menyifatkan apa yang sedang dihadapi oleh Bersatu ketika ini berhubung isu kedudukan enam bekas ahli Parlimennya yang berpaling tadah sebagai senjata makan tuan.

Katanya, sebarang bentuk kritikan susulan daripada keputusan yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul juga sepatutnya diletakkan di atas bahu pemimpin parti berkenaan.

“Apa saya boleh kata, senjata makan tuan. Kalau mereka hendak salahkan sesiapa, salahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Hamzah (Datuk Seri Hamzah Zainudin) dan Radzi (Datuk Dr. Radzi Jidin), tanya siapa yang paling tidak mahu pindaan yang menyeluruh , jadi jangan sekarang hendak tunjuk hero,” katanya dalam sidang akhbar mingguan di sini semalam.

Fahmi berkata demikian ketika mengulas kritikan yang dilemparkan terhadap Johari susulan menolak permohonan Bersatu untuk mengosongkan enam kerusi bekas ahli Parlimen parti tersebut.

Kelmarin, media melaporkan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai wakil rakyat.

Fahmi berkata, semua maklum Muhyidin berpeluang melakukan pindaan kepada perlembagaan Bersatu seperti UMNO dan DAP yang berlaku sebelum PRU (Pilihan Raya Umum). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×